Thursday, January 5, 2012

My Childhood : See what my life really was.

Rindu zaman kecik-kecik dulu .

GOMBAK, SELANGOR.

Main masak-masak dengan jiran depan rumah , umur dia tah berapa tahun pun ta tahu terus jadi bestfriend (IMY Kak Intan).

Patah tangan kanan masa main bangku .

Rumah dekat sangat dgn UIAM, mak cerita = Dulu makcik Halimah (pelajar UIA) datang main dengan aku .
Jadah bila tah ? Aku sendiri tak ingat . Tapi kalau jumpa makcik tu , saya nak ucapkan terima kasih sebab ajar saya eja perkataan UNIVERSITI :) Itu saja yg saya ingat tentang makcik .

Kalau air takda kat rumah, daddy dukung bawak masuk hutan, redah sungai (pernah sekali seliparku hanyut... dibawa ombak rinduu .. ok yg last tu tipu)
Tempat tu kawasan macam setinggan . Zaman tu, SYABAS, TALAM x lahir lagi . Air memang terus dari bukit . So kalau air putus tu pandai-pandai lah masuk hutan ya ?

Zaman tu tanah tempat kitorang tinggal tu takda tuan . So suka hatilah nak letak rumah kat celah mana pun . Rumah kitorang atas bukit . Nak naik bukit tu memang tinggi (tidak digalakkan untuk pengguna kereta manual ya?) Rumah tu daddy yang renovate sendiri . Dinding rumah kitorang ada curve, daddy punya design. Ada lubang besar kat dinding, aku suka duduk kat curve dinding tu , dah macam seat pulak :D Plus mak selalu buat kek . Kek dia sepesen je dari dulu , "Kek Pelangi". :D

Time raya syokk . Daddy beli bunga api n mercun...ala mercun apa tah bila baling kat lantai die meletup-letup tuh ? Haa yang tu lahh . Plus, orang kat situ bila dah dekat raya mesti pasang pelita keliling rumah . Cantik sangat-sangat-sangat-sangat . Sekarang nak tengok pelita pun payah .

Zaman dulu Times Square, Midvalley, Pavillion, haram jadah semua tu mana wujud dalam hidup kitorang . Pasaraya terbesar kat situ pun Pasaraya Ong Tai Kim . Aku suka gila masuk situ, ta tahu kenapa ? O.o

Dulu PS1, PS2, PS3, XBOX, WII tak ada , tak wujud dalam hidup kitorang. Abang2 aku paling batak main Digimon dalam kotak kecik yang boleh battle2 tu. Aku layan bola-bola kecik yg dalam mesin tuh . Masuk duit 20sen - Pusing tombol - Keluar bola - Bukak ada cincin ! Sarung cincin banyak-banyak kat jari "fuhh, aku mak datin!".

Then masuk sekolah SK Sungai Pusu . Kelas 1 Segar . BENCI GILAAA mandi pagi . Daddy pujuk, "Aik, kata 1 Segar? Mimi kena lah segar!".
Zaman tu mak tak reti bawak kereta. Sekolah jauh. Mak teman gi sekolah naik bas hari-hari . Tak ingat apa cikgu ajar dulu kecuali ambil sisa pensil yang dah sharp tuh tampal atas kertas, and lagi satu kelas BI nyanyi lagu "row row, row your boat, gently down the stream, merrily merrily merrily merrily, life is like a dream".
Sekolah kat situ 6 bulan sahaja then terpaksa pindah ke Bukit Beruntung. Bulan 6, 2001.

Ada orang tuntut kawasan atas bukit tempat kitorang tinggal tu,
plus kerajaan nak naik taraf kawasan tu nak bina flat.
Daddy jual van,
buat duit muka beli rumah kat Bukit Beruntung
Janji tinggal janji,
tahun lepas (2011)
daddy, ekal, n aku saja jalan ke Gombak,
tiada sebarang naik taraf berlaku sejak 10 tahun lalu.
Flat kemana, rumah kitorang hancur, hilang,
tinggal tapak sahaja .
Sumpah sedih.

Okay sambung cerita. Kitorang pindah ke Bukit Beruntung. Masa tu rumah yang daddy beli kat Taman Bakawali belum siap lagi, terpaksa menyewa sekejap dekat Taman Anggerik (deret rumah Tharanee)

Sekolah masa tu kat SKBB, Iwan, Ekal, n aku. Caom kat SMKBS. Boy dah habis sekolah.
Daddy kerja kat KLIA, pergi naik motor. Terpaksa berhimpit naik motor ke sekolah SKBB yang batak gila jauh dari rumah. Masuk SKBB, kelas 1 Gigih. Boleh pulak terjumpa dengan member sekelas 1 Segar kat Gombak dulu, Hafizuddin. Tapi sampai situ jelah .

Masa tahun 2000, ekonomi Malaysia agak down, tapi da lama lepas tu baru ok sikit. Daddy beli kereta, mak belajar memandu . And each days our lives slowly getting better .

But seriously,
I love my childhood,
I'm missing it.
WHY?
Because it is the time when you don't give a damn of anything.
Tak perlu berusaha keras .
Tak perlu risau result UPSR, PMR, SPM .
Tak kenal apa itu Facebook, Blog, Tumblr,
Tak perlu berhabis duit beli laptop, ps1, ps2, xbox.
Tak perlu kisah hal dunia , Nur Amalina Che Bakri or etc.

But you can't stay young forever ! I'll be turning 18 soon ! Those childhood's memories will stay forever in my heart !

P/s: These are my childhood . How bout yours ? Yours must have a sweetness memories itself right ? LOVE YOUR CHILDHOOD . Because you are AGING !