"Beep! Beep!". Telefon bimbit Emy berdering. '1 pesanan ringkas diterima'
Emy, esok kita jumpa kat tempat biasa ye? Aku ada benda nak story dengan kau.
Emy: Hmm, Reen ni. Mesti masalah cinta lagi la ni. Aku juga yang jadi penasihat cinta dia.
Jam 5 petang keesokan harinya, Emy menunggu dihadapan rumahnya. Beberapa saat kemudian, kelihatan Reen datang ke tepi jalan berhadapan rumah Emy. Mereka tinggal di taman yang berlainan, dan dipisahkan oleh jalan besar yang tidak berturap dan dipenuhi dengan lalang yang tinggi-tinggi.
Emy: Ish, banyak lah daun semalu melekat kat seluar aku! Gatal!
Reen: Alah nak buat macam mana? Jalan biasa jauh sangatlah. Entah bilalah diorang nak buat jalan ni elok-elok.
Emy dan Reen berjalan sambil berbual.
Reen: Aku geramlah. Aku rasa bf aku ada orang lain.
Emy: Kenapa kau cakap macam tu? Kau tak percayakan dia?
Reen: Bukan tak percaya, just risau.
Emy: You need to put a trust in him.
Reen: Hmm, hey aku rasakan, aku ada idea lah!
Emy: Idea? Idea apa?
Reen: Aku nak kenakan dia. But aku perlukan pertolongan kau!
Emy: Kau nak buat apa sebenarnya ni?
Reen: Aku nak kau mesej dia. Berlakon lah. Goda dia...ehehe
Emy: What?! Kau gila? Kalau kantoi macam mana? Dahla tahun depan kita naik Form 1, mesti jumpa dia punya!
Reen: Kau pakai je nama 'Emy'. Tu bukan nama IC kau pun. Mestilah dia tak kenal kau. Please tolong aku?
Emy: Yelah. Tapi sampai bila?
Reen: Tengoklah sampai bila, aku nak tengok dia ni gatal ke tak. Dia ni layan perempuan ke tak.
Emy: Aku tak sure lah (takut-takut)
Reen: Aku tak kira, ni nombor dia. Balik ni kau mesej dia ok? Sayang kau.
Jam 8 malam. Emy memberanikan dirinya menghantar mesej kepada nombor yang diberi oleh Reen siang tadi.
Emy : Hai. Boleh kenal?
???? : Ni sapa?
Emy : Saya Emy. Awak?
???? : Oh, saya Saiful, panggil Epul je. Awak duduk kat mana ya?
Emy : (Erh, mampus aku, tempat apa nak cipta ni? ) Duduk kat atas kerusi. Hee, awak ?
Epul : Eh awak ni, main2 pulak haha, awak tinggal kat mana?
Emy : Ok sorry, duduk kat Sungai Buaya.
Epul : Eh dekat je, saya kat Bukit Sentosa.
Emy : Oh yeke ?.......
(Emy teringat pesan Reen untuk menggoda teman lelakinya)
Emy : Emm, kite mesej2 ni, gf awak tak marah ?
Epul : Gf ? Saya mana ada gf la awak . Saya single. Awak pulak? Bf awak tak marah ke?
(Emy tersentap, terkejut dengan kenyataan Saiful.)
Emy : Oh yeke? Eh saya single lah, that's why saya mesej awak. :)
Epul : Hee. Nama penuh awak apa ye ?
Sudah, xkan nak bagi nama betul aku ?
Tiba-tiba iklan jamu terpapar di kaca televisyen.
Emilia...
Rosayda...
Emm boleh lah tu.
Emy : Emilia Rosayda bt. Fakhruddin. Awak?
Epul : Sedap nama awak. Saya Tettttttt Saifultetttttttt bin Tetttttt
(MAAF NAMA WATAK SEBENAR TERPAKSA DIRAHSIAKAN)
Emy : Nama awak pun sedap. :) Emm oklah awak, saya nak tidur dulu. Esok sekolah :)
Epul : Ok, selamat malam. Sweet Dream.
Hmm, dia ni baik ke jahat orangnya ? Nampak macam baik, tapi kenapa dia tak mengaku dia dah ada girlfriend ? - Emy bermonolog sendirian.
Setelah beberapa lama mereka berhubung melalui telefon, Emy mula menaruh hati kepada Saiful dalam diam. Sampai satu masa, pada satu malam. Saiful menghantar teks ringkas kepada Emy .
Epul : Sudikah awak, Emilia Rosayda bt. Fakhruddin menjadi teman wanita Tettttttt Saifultetttttttt bin Tetttttt ?
(Emy terkejut dengan lamaran dari orang yang tua 2 tahun darinya itu untuk menjadi teman wanitanya . Walaupun secara hakikatnya dia sedang menyamar sebagai orang lain.)
Hati Emy berbisik, "Okay, chill Emy . This is part of Reen's plan ".
Emy : Ya saya setuju !
(Perasaan Emy berbaur sedih bercampur gembira kerana dapat menjadi teman wanita khayalan kepada Saiful . Walaupun kekasih sebenar Saiful ialah kawan baik Emy sendiri, Reen, dan Emy sendiri tidak pernah melihat Saiful, Emy tetap gembira kerana baginya Saiful lah orang yang pertama dia cintai .)
Walaupun mereka berhubung di dalam telefon sahaja, Saiful tetap melayan Emy dengan baik. Emy semakin mencintai Saiful setiap kali Saiful meluahkan kata-kata romantisnya.
Reen : Amacam? Ada apa-apa perkembangan?
(Emy menyerahkan telefon bimbitnya kepada Reen dan menunjukkan mesej-mesejnya dengan Saiful)
Reen : What? Dia mintak couple? Dah sah! Dia ni memang teruk! Siap dia aku kerjakan.
Buat beberapa hari Emy tidak berhubung dengan Saiful. Tiba-tiba Saiful menghantar mesej kepada Emy.
Epul : Apa ni? Sebenarnya awak kawan Reen kan ? Awak dengan dia yang plan semua ni kan?
(Emy terkejut kerana dia tahu Saiful sedang marah, tanpa sedar air matanya mengalir.)
Emy : Maaf saya tipu awak. Saya bukan Emilia Rosayda, saya cuma kawan Reen. Dia yang suruh saya berlakon supaya dapat kenakan awak. Saya memang takda niat.
Emy hanya menunggu balas dari Saiful, tetapi sia-sia. Sejak dari hari itu, Saiful langsung tidak menghubunginya.
Tahun berikutnya Emy melangkah ke Tingkatan 1. Walaupun Emy dan Saiful berada di sekolah yang sama dan selama 2 tahun mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Masuk sahaja 2009, Emy berada di tingkatan 3. Reen terserempak dengan Emy pada waktu rehat.
Reen : We, lama tak sembang dengan kau! Rindu tau!
Emy : Samalah, rindu kat kau jugak. Asyik sibuk je, tak dapat nak lepak dengan kau macam dulu.
Reen : Hmm. Eh, tu Saiful! Aku depan mata pun buat tak nampak.
(Emy terkejut apabila mendengar nama Saiful dari Reen)
Emy : Huh? Mana? Mana?!
Reen : Tu yang badan tough tough sikit tu, tengah-tengah antara kawan-kawan dia.
(Reen menuding jari kearah sekumpulan senior yang sedang berjalan menuju ke kantin.)
Emy : Ya Allah rindunya aku kat dia!
Reen : Em, pergilah tegur dia.
Emy : No way, dia mesti tak kenal aku.
Reen : Hmm, entahlah. Eh kau mesej la dia. Maybe dia ingat kau ke?
Saiful dan kawan-kawannya duduk di bangku kantin. Saiful memandang kearah Reen dan Emy kerana merasa dia sedang diperhatikan. Emy yang terkejut dengan pandangan itu terus menundukkan mukanya dan berpaling kearah lain.
Malam itu, Emy menghantar mesej kepada Saiful.
Emy : Hai, still remember me?
Epul : Siapa ya?
Emy : Kawan Reen dulu.
Epul : Ouh ingat-ingat. Kenapa tak mesej lepas darjah 6 tu?
Emy : Takut nak mesej. Ingatkan awak marah
Epul : Laa orang kalau marah pun sekejap je. Takda sampai bertahun-tahun.
(Emy menitiskan air matanya kerana kebodohannya itu.)
Setiap hari apabila kelas malam tambahan di sekolah dijalankan, Saiful akan lalu dihadapan kelas Emy untuk menuju ke kelasnya. Emy sering duduk di tepi tingkap dan apabila Saiful lalu, mereka saling berbalas senyuman. Emy merasa sangat bahagia ketika itu.
Emy : Awak, saya nak buat graffiti nama kitalah, awak nak warna apa ya?
Epul : Kalau hijau lawa jugak.
Emy : Ok :) Esok lepas kelas malam, tunggu saya dekat depan pagar sekolah okay?
Epul : Ok :)
Tibanya malam seterusnya, kelas tingkatan 5 keluar awal, Emy cepat-cepat mengejar Epul dengan memakai baju kurungnya itu. Dalam keadaan tercungap-cungap . Emy memanggil Epul.
"Awak! Nah ni untuk awak. Simpan elok-elok tau. Sorry kalau buruk boleh buang". Emy dengan perasaan malu menyerahkan fail yang mengandungi sekeping lukisan graffiti didalamnya kepada Epul dan beredar dari situ menuju ke kereta ibunya.
Malam itu merupakan kelas malam terakhir bagi Tingkatan 3 dan 5 sebelum peperiksaan besar tiba. Malam itu juga merupakan kali terakhir mereka berhubung. Selepas Saiful tamat sekolah, dia hilang begitu sahaja. Emy terpaksa menerima hakikat bahawa tiada ruang untuk dirinya didalam hati Saiful. Emy hanya mampu menangis setiap kali dia teringat kepada Epul.
2012,
Emy sudah tamat bersekolah. Sementara menunggu keputusan SPM keluar, Emy bekerja sambilan di kedai buku sekolah. Pada suatu hari Saiful datang ke kedai buku di tempat Emy bekerja. Emy dari jauh sudah dapat melihat kelibat Epul, begitu juga dengan Epul. Sampai sahaja Epul di kedai buku itu, dengan cepat Emy beredar menuju ke belakang. Tidak mampu melihat dirinya menitiskan air mata dihadapan lelaki yang pernah mengetuk pintu hatinya itu. Saiful beredar dari situ selepas membeli buku untuk adiknya. Emy hanya melihat dari jauh. Tidak terdetik langsung niat untuk mengejarnya, kerana Emy tahu Saiful sedang bahagia disisi orang baru.